Berbanding dengan tahun lalu nilai penjualan buah durian telah memperlihatkan penyusutan daripada RM92 juta (2021) kepada RM57 juta pada tahun 2022. Aliran itu sekaligus turut menunjukkan prestasi eksport durian Malaysia pada 2022 turun 38% dengan 1,880 tan metrik, berbeza dengan tahun 2021 sebanyak 4,746 tan metrik.
Data Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada sidang Parlimen minggu ini, menjelaskan aliran eksport tersebut meliputi pelbagai produk selain mengeksport buah seperti pes dan durian sejuk beku ke pasaran luar.
Berdasarkan permintaan, didapati aliran eksport ke China pada 2021 adalah bernilai RM65.2 juta denan 3,406 tan metrik namun pada tahun 2022 – jumlah itu menurun kepada 930 tan metrik dengan nilai RM38 juta.