Artikel

Hampir Separuh Lepasan SPM 2021 Tidak Lanjutkan Pelajaran

Melalui Parlimen hari ini, Menteri Pendidikan berkongsi mengatakan hampir separuh pelajar lepasan SPM memilih untuk tidak sambung belajar – iaitu seramai 180,680 orang atau 48.74% lepasan SPM.

Ia memperlihatkan peningkatan berbanding lepasan 2020, yang mana sekitar 35.16% ketika itu.

Selari dengan ini juga, kementerian sedang melihat kepada beberapa kaedah dalam menerapkan kepentingan pendidikan, disamping melengkapkan para pelajar dengan kebolehan dan skil yang bersesuaian untuk masa depan. Disamping itu, para cikgu kaunseling turut telah diterapkan dengan trend baharu dalam membantu mereka menasihatkan para pelajar terhadap kerjaya masa depan.