Artikel

UK : Ramai Pelajar Antarabangsa Akan Hilang Hak Bawa Pasangan, Keluarga – Mulai Januari 2024

Seiring dengan pelarasan aturan imigresen baharu yang ditetapkan, United Kingdom (UK) mulai Januari 2024 kelak tidak lagi membenarkan pelajar antarabangsa lepasan ijazah yang mengikuti program bukan-penyelidikan, untuk membawa pasangan, keluarga mahupun tanggungan mereka ke negara itu.

Menurut makluman pengurusan dalam wilayah UK, hanya pelajar antarabangsa lepasan ijazah bagi program penyelidikan sahaja dibenarkan berbuat tindakan sedemikian. Langkah baharu ini adalah sebahagian daripada UK untuk mengurangkan kadar imigrasi di negara mereka dan melindungi faedah ekonomi UK.

Malah mengikut laporan terdapat pertimbangan juga untuk menyekat kemudahan para pelajar antarabangsa beralih ke peluang pekerjaan sebelum menamatkan pengajian mereka. Bagaimanapun aturan itu masih dalam semakan.

Setakat data 2022/2023 ini didapati kadar imigrasi  pelajar antarabangsa ke UK telah mencatatkan 700,000 individu dan pada 2022 sahaja, UK telah memberi sejumlah 135,788 visa kepada tanggungan pelajar antarabangsa. Angka ini melonjak 9 kali ganda berbanding data 2019.