Artikel

Hanya 15% PKS Di Malaysia Miliki Pelindungan Insurans

Selaku penyumbang lebih 90% dalam sektor ekonomi perniagaan di Malaysia, warga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dilihat masih miliki jurang dalam beberapa aspek penting. Antaranya pemilikan insurans. Setakat ini didapati hanya 15% PKS di negara miliki pelindungan insurans. 

Menurut data Tune Protect pada sidang pelancaran penyelesaian digital insurans mereka bersama PKS hari ini, secara jelas masih ramai pemain ekonomi tidak dilindungi kebajikan mereka. Sedangkan PKS menyumbang kepada KDNK negara sekitar lebih 39% dan mewujudkan sekitar 49% pekerjaan di Malaysia. 

Antara faktor yang mengekang penyertaan PKS bersama insurans adalah harga pelan yang tidak berpatutan serta penawaran pakej tidak menepati kebajikan para pekerja. Susulan itu melalui Tune Protect di bawah anak syarikat mereka iaitu Tune Protect Malaysia (TPM) dan Tune Protect Life (TPL) (then comal), warga PKS kini boleh mengakses pelbagai kemudahan insurans mengikut keperluan, keutamaan dan bajet perniagaan pada khidmat mereka.

Melalui akses ini, sekaligus membantu pasaran ekonomi negara menutup jurang kemudahan insurans kalangan PKS yang ketika ini dilihat masih tinggi. Bagi makluman lanjut semua pihak boleh layari pautan www.sme.tuneprotect.com untuk tindakan seterusnya.