Setakat akhir April, didapati sejumlah RM11.2 bilion wang tidak dituntut (WTD) oleh penduduk Malaysia dan 70% daripadanya adalah wang yang terdapat pada akaun bank yang tidak aktif dalam tempoh 7 tahun atau lebih.
Pada perincian lanjut, Kementerian Kewangan (MOF) menjelaskan jumlah ini turut merangkumi wang yang tidak dibayar seperti gaji, bonus, dividen bagi tempoh setahun atau lebih. Serta juga melibatkan wang dalam akaun perdagangan antara syarikat dan pembekal.
Susulan lebihan WTD ini, MOF memaklumkan sebanyak RM10 bilion telah dimasukkan dalam simpanan tetap dan melalui aturan itu negara meraih RM250 juta setahun sejak 10 tahun lalu.
Perolehan RM250 juta ini untuk makluman telah dikembalikan semula kepada rakyat negara menerusi peruntukan pembangunan dan agihan bantuan di negara.
Pada penjelasan di sidang Parlimen hari ini, sekitar RM3.3 bilion WTD setakat 23 Mei lalu dimaklumkan telah dikembalikan kepada pemiliknya yang laksana proses tuntutan wang.