Ekonomi industri hiburan kini dilihat semakin rancak, namun keseronokkan tersebut telah terjejas kesan berlakunya lambakan aktiviti ulat tiket. Situasi ini secara langsung menindas hak pengguna dalam aliran perbelanjaan negara.
Susulan menyedari Malaysia masih belum miliki sebarang undang-undang berkaitan untuk mengekang aktiviti ulat tiket – Kementerian Komunikasi dan Digital memaklumkan terdapat cadangan untuk mengubal akta sedemikian.
Semakan pengubalan akta ini akan melibatkan di semua sektor ekonomi dan pelaksanaannya akan diteliti bersama kementerian lain yang turut bertindak laksana program ekonomi bersama pemain industri antaranya membabitkan penjualan tiket secara atas talian atau tunai.
Buat pengetahuan umum, semakan tersebut akan mengambikira peruntukan perundangan dan isu ulat tiket yang berbangkit di AS dan Australia, penelitian itu akan disesuaikan dengan isu di Malaysia.
Adanya peruntukan ini, ia kelak akan membantu pengguna negara dapat hindari isu berkaitan ulat tiket di masa hadapan.