Artikel

74% Penduduk Pulau Pinang Setuju Penawaran Rumah Sewa Jangka Pendek, Inap Desa – Tingkatkan Pertumbuhan

Berdasarkan data hartanah negara (NAPIC), didapati Pulau Pinang miliki jumalh hartanah kediaman yang berlebihan atau tidak terjual ketiga yang tertinggi di Malaysia setakat akhir 2022. Dengan jumlah 3,593 unit bersamaan nilai RM2.74 bilion.

Maka pendekatan mengekalkan penawaran rumah sewa jangka pendek atau inap desa bagi tujuan penginapan pelancongan dilihat memberi kesan positif kepada penduduk negeri. Apabila 74% daripadanya menyokong inisiatif tersebut.

Menurut tinjauan Airbnb bersama Clearpath Strategies ini, lebih 7 daripada 10 penduduk negeri yang ditinjau kekal setuju akan penawaran penginapan jangka pendek buat orang awam dan pelancong.

Malah pada dapatan yang sama, didapati 68% penduduk Pulau Pinang ingin laksana tempahan penginapan pada platform Airbnb untuk cawangan Pulau Pinang, manakala 57% penduduknya menyatakan hasrat untuk sertai Airbnb menjadi sebahagian rakan hos rumah inap desa – menjelang tahun 2024.

Melalui perolehan data ini, sekaligus menunjukkan penerimaan pelan ini disambut baik oleh komuniti Pulau Pinang dan ia penting buat sektor pelancongan untuk terus kembangkan perolehan buat Malaysia.

Bagi menyelesaikan isu gangguan yang berlaku pada sebahagian inap desa di Pulau Pinang,terdapat saranan bahawa badan pengurusan bersama (JMB) perlu diperkukuhkan. Antaranya menyediakan keperluan khas tambahan seperti lif khas, mengenakan denda ketidakpatuhan penginapan, menyediakan saluran aduan antara pengguna dan pemilik kediaman. Sekiranya situasi ini dapat ditambah-baik JMB, ia akan membantu aturan penginapan sewa jangka pendek (STRA) lebih terbuka tanpa menjejaskan ekonomi pelancongan negeri.

Selain Pulau Pinang, penawaran STRA di Johor, Kuala Lumpur dan Selangor dilihat berupaya membantu negeri memanfaatkan kekosongan kediaman pada sektor pelancongan.