Pelarasan tarif elektrik buat golongan pendapatan tinggi (T20) dimaklumkan akan diumum dalam masa terdekat – melalui mekanisme Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) bagi tempoh 1 Julai sehingga 31 Disember ini.
Menurut Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim ketika ini aturan sedemikian masih belum diteliti dan akan dikemukakan pada sidang mesyuarat Kabinet kelak. Bagaimanapun pentadbiran beri jaminan pengumuman tarif pada tempoh tersebut akan memperlihatkan harga pasaran arang batu dan gas dijangka lebih stabil berbanding tahun lalu.
Selain pelarasan tarif elektrik buat T20, penyediaan PADU – Pangkalan Data Utama mulai Januari 2024 juga akan membantu negara melaksanakan agihan bantuan yang lebih bersasar kepada kumpulan pendapatan yang layak. Ini tidak hanya mengelakkan berlaku ketirisan dana bantuan tetapi turut memperkemaskan lagi sistem subsidi negara.