Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini memaklumkan sesi persekolahan di negara akan kembali bermula Januari pada tahun 2026 kelak.
Untuk pengetahuan setakat ini usaha pelarasan kalendar akademik persekolahan telah dimulakan bagi sesi 2024/2025 yang dimaklumkan akan dimulakan pada Februari 2025. Pelarasan tersebut telahpun mengambilkira pelbagai faktor termasuklah aktiviti ekonomi setempat dan isu banjir yang berbangkit.
Adanya penyesuaian semula kalendar ini, ia secara langsung akan membantu negara memastikan proses pembelajaran sektro pendidikan kekal dilaksana secara optimum. Buat makluman semua proses penyelesaian keseluruhan kurikulum persekolahan selama setahun memerlukan antara tempoh 32 hingga 36 minggu.