Artikel

PTPTN : Diskaun Sehingga 20% Bayaran Balik Pinjaman Akan Berakhir 31 Mei Ini

Selari dengan penawaran diskaun sehingga 20% bagi pembayaran semula pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selama 3 bulan yang diumumkan 1 Mac lalu – para peminjam kini diingatkan untuk memanfaatkan peluang sedemikian sebelum tarikh akhir 31 Mei ini.

Buat pengetahuan umum, ini perincian insentif bayaran balik pinjaman PTPTN yang tersedia;

  • Diskaun 20% – bagi baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman
  • Diskaun 15% – untuk penyelesaian sekurangnya 50% daripada keseluruhan baki hutang
  • Diskaun 15% – untuk potongan melalui gaji atau bayaran debit mengikut penjadualan
  • Diskaun 5% – pada tindakan bayaran balik melalui aplikasi myPTPTN

Selain penawaran potongan jumlah bayaran itu, pada Belanjawan 2023 lalu kerajaan turut bersetuju memberi penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN kepada kumpulan berpendapatan RM1,800 ke bawah selama 6 bulan.

Maka menerusi makluman ini, diharap para peminjam menggunakan faedah PTPTN sebaik mungkin untuk melunaskan pinjaman anda secara menyeluruh atau secara berperingkat dengan kadar yang lebih berpatutan sebelum 31 Mei ini di laman rasmi atau menggunakan aplikasi myPTPTN.