Grab Holding, penyedia teknologi yang menampilkan pelbagai kemudahan pada arena pengangkutan dan makanan di pasaran Asia Tenggara kini memaparkan penurunan mendadak pada nilai kerugian operasi bagi suku pertama 2023.
Penurunan kerugian 43% kepada $250 juta untuk prestasi 3 bulan pertama tahun 2023 ini ternyata membuahkan hasil, susulan tindakan Grab menstrukturkan pelan perbelanjaan operasinya. Lebih menarik prestasi pendapatan Grab turut meningkat 130% kepada $525 juta bagi tempoh tersebut.
Berhubung prestasi pengangkutan pula, Grab memperlihat perkembangan menarik apabila prestasi naik 72% kepada $194 juta. Persekitaran ini didorong atas faktor pembukaan semula ekonomi, yang kembali rancak setelah era pandemik COVID-19.
Manakala segmen penghantaran Grab pula turut memaparkan peningkatan apabila naik 203% kepada $275 juta. Prestasi ini disokong hasil lonjakan permintaan pembelian pada pasaraya Jaya Grocer.