Artikel

SC Arah Huobi Global Hentikan Operasi Di Malaysia

Sejak Ogos 2022 lalu, perkhidmatann Huobi Global di Malaysia telah berdepan amaran daripada Suruhanjaya Sekuriti (SC) susulan tindakan mereka laksana platform Bursa Aset Digital (DAX) tanpa kebenaran di negara. 

Terbaharu, SC kini telah mengambil tindakan mengarahkan Huobi Global untuk menghentikan operasi mereka di Malaysia. Arahan sedemikian selari dengan  kesalahan di bawah Seksyen 7(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007. Ia menuntut pihak Huobi Global menghentikan operasi pada laman rasminya dan aplikasi Huobi pada platform Apple Store dan Google Play atau mana-mana platform digital lain.

Langkah tegas itu turut menggesa Huobi Global menghentikan sebarang penerbitan, pengedaran dan penghantaran info pada iklan, e-mel atau media sosial kepada kumpulan pelabur tempatan. 

Keputusan ini telah dicapai persetujuan bersama SC untuk melindungi sekuriti pasaran tempatan dan kepentingan para pelabur negara. Ekoran itu, para pelabur dinasihatkan untuk kekal melabur dan berurusan dengan Pengendali Pasaran Diiktiraf (RMO) yang berdaftar bersama SC. 

Sebarang tindakan pelaburan bersama pihak yang tidak berlesen atau berdaftar akan membawa risiko kepada penipuan buat pelabur di pasaran. Pelabur diingatkan sebarang risiko yang diambill tidak akan melindungi pelabur di bawah perundangan sekuriti Malaysia.