Dalam memastikan kebajikan kelas pendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) terus terpelihara, pentadbiran Malaysia melalui Pangkalan Data Utama (PADU) kelak akan laksana pengurusan serta pelarasan agihan subsidi yang lebih baik buat kumpulan yang layak.
Ini bermakna golongan pendapatan tinggi T20 tidak akan akan menerima manfaat tersebut. Jelas Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada sidang pembukaan Dewan Rakyat hari ini, pihaknya tidak menaikkan kadar elektrik melainkan untuk T20 – yang memiliki kediaman besar serta kapasiti penggunaan elektrik yang tinggi.
Malah kumpulan ini juga harus laksana perbelanjaan kos penuh bagi ibadah haji, susulan mereka adalah kumpulan yang berkemampuan. Susulan pelarasan itu dilaksanakan, maka ia akan membawa kepada penambahan subsidi buat golongan B40.
Buat pengetahuan umum, tahun ini kos haji ke atas B40 kekal RM10,980, diikuti M40 naik kepada RM15,980 dan T20 pula dengan kos penuh berjumlah RM30,850.
Menerusi pengecualian berterusan dilaksanakan buat T20, ini akan membantu negara laksana lebih banyak subsidi yang lebih bersasar buat kumpulan yang memerlukan dari semasa ke semasa.