Artikel

Pertindihan Peranan Kalangan Agensi Rugikan Dana Malaysia – Pakar Ekonomi Bank Dunia

Kewujudan agensi serta program bantuan yang terlalu banyak, sekaligus membentuk pertindihan peranan pada struktur ekonomi di Malaysia. Situasi ini secara langsung pakar ekonomi Bank Dunia melihat ia merugikan dana negara (cukai) yang digunakan untuk membiayai pelaksanaan agensi dan program bantuan terbabit.

Menurut Apurva Sanghi pada ciapan Twitter-nya setakat ini sahaja terdapat 17 agensi menawarkan 170 bantuan sosial, diikuti lebih 70 agensi melibatkan latihan kemahiran dan 35 agensi pula menumpukan kepada pendigitalan PKS serta 35 agensi lagi melibatkan aturan promosi pelaburan.

Lambakan peranan sedemikian sekaligus menyukarkan pelabur kecil, warga PKS serta rakyat awam. Pemecahan peranan yang seharusnya boleh disatukan ini dilihat merugikan wang pembayar cukai.

Mengikut perincian, berdasarkan sokongan digital terdapat lebih 90 agensi memiliki 200 aplikasi pintar tetapi hanya separuh iaitu kurang daripadanya dimuat-muat turun.

Dan lebih membimbangkan, kesan pertindihan peranan ini terdapat sebilangan isi rumah di Malaysia tidak mendapat bantuan yang setimpal. Antara yang digariskan 1 daripada 3 isi rumah yang berpendapatan kurang RM4,000 didapati tidak terima sebarang bantuan kerajaan ketika era-pandemik dan 1 daripada 5 isi rumah yang memohon bantuan telah ditolak.

Situasi ini berlaku kesan percanggahan peranan yang berlaku. Susulan itu Unit Perancang Ekonomi (EPU) diminta memberi penekanan kepada isu ini dengan meneliti kembali pendekatan GovTech. Sekiranya sebelum Malaysia berupaya melaraskan 180 prosedur operasi standard pada awal pandemik COVID-19 kepada 1 SOP sahaja. Langkah yang sama dilihat boleh dilaksanakan pada peranan agensi dan bantuan di Malaysia.