Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, kini menyatakan kerajaan akan mansuhkan penggunaan alat timbang neraca sepenuhnya dalam tempoh setahun dari sekarang. Langkah ini diambil dalam usaha menggantikan penggunaannya dengan alat penimbang elektronik.
Buat masa ini, ia dikatakan hanya sekitar 25% alat timbang berasaskan elektronik digunakan di seluruh negara. Dengan arahan baharu ini, ia dijangka akan membawa kepada peningkatan penggunaan alat timbang berasaskan elektronik, dan mengatasi pelbagai masalah berkaitan timbang dan sukat.
Selari dengan langkah ini, kerajaan turut dijangka berikan perhatian kepada isu berkaitan bekalan dan harga alat timbang tersebut, selain memberikan masa yang sesuai kepada peniaga dalam mendapatkan alat timbang elektronik.