Meta, syarikat indusk Facebbok kini sekali lagi akan bertindak memberhentikan sejumlah pekerja mulai minggu hadapan.
Mengikut laporan Vox, langkah tersebut secara langsung menjadi pemberhentian gelombang ketiga yang telah dilaksanakan. Di mana pada matlamat awal sekitar 10,000 petugas bakal terkesan dan terdapat 5,000 jawatan yang tidak diisi akan ditutup.
Buat pengetahuan umum, April lalu seramai 4,000 petugas telah ditamatkan perkhidmatan dan pada pusingan seterusnya ini dijangka seramai 6,000 petugas bakal terkesan. Melalui langkah berterusan itu, ia dilihat akan membantu Meta menyeimbangkan kembali prestasi kewangan mereka untuk operasi jangka masa panjang kelak.