Selaras dengan tindakan menyelenggara sistem perbankan, Maybank memaklumkan mulai Sabtu (20 Mei) dan Ahad (21 Mei) ini, terdapat gangguan pada perkhidmatannya.
Merangkumi perkhidmatan Maybank2u, Perbankan Mudah Alih Maybank2u, Perkhidmatan ATM dan Terminal Layan Diri. Dimaklumkan perkhidmatan sedemikian tidak akan beroperasi secara berperingkat pada hari Sabtu bermula jam 12:00 pagi sehingga 7:00 pagi. Sementara hari Ahad juga pada jam 12:00 pagi sehingga 7:00 pagi.
Susulan makluman itu, Maybank memohon maaf akan sebarang kesulitan yang akan berbangkit, dan memohon semua pengguna peka akan proses penyelenggaraan sistem tersebut.