Artikel

MOT : 3 Laluan Kontra Akan Dibuka, Atasi Isu Kesesakan Jalan Raya Mulai 3 Julai Ini

Setiap hari didapati 6 juta kenderaan bergerak di ibu negara mengikut data Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) maka sebagai langkah atasi masalah kesesakan jalan raya tersebut, Kementerian Pengangkutan (MOT) memaklumkan terdapat 3 laluan kontra akan dibuka mulai 3 Julai ini untuk tangani isu terbabit.

Ia meliputi laluan Tol Plus Sungai Besi ke Persimpangan Besraya (dari arah selatan ke Kuala Lumpur), Jalan Maharajalela ke Taman Connaught ( untuk semua jenis kenderaan persendirian keuali motorsikal) dan Jalan Ampang dari Ampang Point ke Jalan Tun Razak (khas untuk kenderaan pengangkutan awam seperti bas). 

Pembukaan laluan tersebut untuk makluman telah mendapat persetujuan pada sidang Jawatankuasa Teknikal Mengenai Kesesakan Jalan Raya. Melalui pembukaan laluan kontra itu, kesesakan jalan raya dapat dikurangkan dan akan dibuka pada 2 sesi iaitu jam 6 pagi sehingga 9 pagi dan 5 petang hingga 7 petang untuk sesi petang.