Sistem Pangkalan Data Utama atau PADU dijangka akan tersedia mulai Januari 2024 kelak. Melalui platform maklumat yang akan menggariskan tahap sosio-ekonomi sehingga pendapatan boleh belanja bersih rakyat Malaysia ini, dilihat akan membantu negara mengenalpasti kumpulan sasaran berhubung sebarang pelaksanaan bantuan atau subsidi.
Menurut Kementerian Ekonomi pada sidang sebentar tadi, melalui PADU ini akan membantu kerajaan memiliki gambaran sebenar akan tahap tanggungan setiap isi rumah.
Seperti yang kita ketahui sebelum ini, pendekatan yang digunapakai Malaysia adalah berteraskan kepada kelas pendapatan seperti B40, M40 dan T20. Namun perlu diakui, pendekatan sedemikian tidak memberi gambaran penuh akan tahap kemampuan sebenar isi rumah di Malaysia. Ini merangkumi bebanan kos jumlah tanggungan isi rumah serta lokasi penempatan mereka.
Maka melalui usaha PADU, ia akan menyegerakan usaha negara untuk laksana pelbagai kemudahan dan faedah buat kumpulan bersasar dari semasa ke semasa.