Artikel

Sektor Industri Rugi RM3 Bilion Sehari – Kesan Cuti Umum Mengejut 

Tatkala terdapat sebahagian pihak gembira akan pengumuman cuti umum mengejut, sebaliknya berlaku pada sektor industri negara. Ini kerana kesan pelaksanaan cuti umum secara mengejut ini berpotensi mengakibatkan sektor industri rugi lebih RM3 bilion sehari.

Mengikut makluman bersama Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) pada sidang Forum Ekonomi Nasional 2023, aturan tanpa perancangan dan tindak-balas pemain industri ini boleh mengakibatkan kesan yang besar pada produktiviti serta pendapatan industri.

Berdasarkan perkiraan NCCIM, kerugian nilai tambah perkilangan sehari adalah sekitar RM1 bilion. Amaun itu tidak termasuk agihan gaji, yang dianggarkan untuk sektor swasta sekitar RM700 juta bagi gaji sehari.

Rentetan daripada cuti umum mengejut ini – operasi syarikat perlu bersedia laksana pembayaran tiga kali ganda iaitu lebih RM2 bilion. Maka sekiranya budaya ini berterusan diamalkan ia sememangnya akan menjejaskan kecekapan perkilangan dan perkhidmatan lain. Sekaligus memberi kesan pada pertumbuhan industri.