Artikel

Harga Tiket Ke Sabah, Sarawak Kini Dilaras Maksimum RM300 – Sempena Kaamatan Dan Hari Gawai

Bersempena sambutan Pesta Kaamtan (30 Mei) dan Hari Gawai (1 Jun) pentadbiran negara melalui Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) kini bersetuju memberi inisiatif subsidi kepada pengguna pada tiket penerbangan perjalanan sehala ke Sabah dan Sarawak pada harga maksimum RM300.

Pelarasan harga ini bagaimanapun untuk makluman pengguna adalah tidak termasuk cukai dan pengenaan fi.

Melalui usaha tersebut, kerajaan akan bertindak memberi baki tiket penerbangan sehala dari Semenanjung Malaysia ke Sabah, Sarawak bagi tempoh 3 hari sebelum hari perayaan sambutan tersebut.

Menurut MOT, setakat 17 Mei terdapat 17,708 tiket penerbangan antara Semenanjung ke Sabah, Sarawak tersedia. Ini pecahan baki tiket yang tersedia;

Sementara tiket bagi laluan Johor Bahru ke Sibu pula didapati telahpun habis dijual, susulan itu MOT telah bekerjasama dengan Batik Air menyediakan khidmat penerbangan sewa khas dengan kekekrapan sekali sehari pada tarikh tersebut. Bagi memastikan para pengguna kekal nikmati manfaat sedemikian.

Buat pengetahuan umum, penetapan harga tambang ini akan dilaksana bermula jam 00:01 pada 20 Mei 2023. Maka orang awam boleh membeli tiket penerbangan melalui laman rasmi syarikat penerbangan pada tarikh tersebut.

Namun semua pihak diingatkan untuk patuhi syarat pembelian tiket penerbangan tersebut – iaitu perubahan tarikh atau pertukaran penerbangan tidak dibenarkan, serta tiada pertukaran naman dibenarkan.

Secara menyeluruh jumlah bantuan subsidi bagi tiket penerbangan ini dianggarkan sekitar RM5.8 juta sehingga RM11.4 juta.