Produktiviti pekerja di Malaysia dilihat kekal rancak dengan peningkatan kecekapan sebanyak 2.4% bagi suku pertama 2023. Lonjakan produktiviti buruh bagi setiap pekerja ini dilihat turut mendorong peningkatan jumlah pekerja sekitar 3.1%.
Dapatan di bawah Produktiviti Buruh – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini menjelaskan nilai tambah bagi setiap pekerjaan untuk tempoh tersebut telah merekodkan sekitar RM23,712 setiap pekerja. Meskipun peningkatan ini sedikit susut, ia dilihat seiring dengan perkembangan pendapatan negara KDNK yang mencatatakan 5.6%.
Meskipun peningkatan produktiviti pekerja ini lebih sederhana berbanding suku keempat 2022 namun secara keseluruhannya produktiviti mengikut nilai ditambah per jam bekerja kekal meningkat 2.1% kepada RM41.2 sejam.
Prestasi ini secara langsung akan menjadi pemangkin kepada kecekapan para pekerja negara untuk peringkat awal tahun 2023. Setakat ini Malaysia mencatatkan [eningkatan jumlah pekerja kepada 16.1 juta individu berbanding suku keempat 2022.