Sekiranya tahun lalu, pasaran koko negara berjaya mencapai RM7.82 bilion melalui aliran eksport – di mana lebih tinggi berbanding 2021 dengan RM6.87 bilion. Tahun ini Lembaga Koko Malaysia menjangkakan aturan eksport itu kekal meningkat kepada RM8 bilion.
Bagi merealisasikan peningkatan perolehan eksport itu, Malaysia dijangka menggandakan usaha proses pengisan biji koko yang diperhatikan memiliki potensi positif pada aliran ekonomi tempatan. Seperti yang umum ketahui pada pertengahan 2022, Lembaga Koko Malaysia bersama Genbayu Gemilang telah mencapai persetujuan bangunkan ladang koko pintar seluas 100 hektar di Mukim Sentul, Negeri Sembilan.
Menerusi penambahan sokongan bernilai RM15 juta itu, ia secara langsung akan membantu pasaran bersama kemudahan tekonolgi yang berupaya meningkatkan kecekapan pengeluaran koko negara.
Adanya pemerkasaan pada pasaran koko negara ini, ini akan meningkatkan lagi sumbangan Malaysia pada jualan koko di peringkat global selaku negara memproses biji koko kedua terbesar di Asia dan ke-6 di dunia.