Luno, bursa aset digital kini mengemakini penawaran kriptowang merek di Malaysia dengan menambah, menyenarai penawaran Avalanche atau AVAX pada aplikasi dan laman web.
Menerusi penambahan tersebut, ia sekaligus menunjukkan 10 penawaran kriptowang di Malaysia melalui bursa dagangan telah tersedia. Penawaran AVAX ini membolehkan pengguna membeli, menjual dan menyimpan pada aplikasi Luno. Melalui rantaian blok Avalnch, ia menggunakan pendekatan ‘proof-of-stake’ iaitu sumber terbuka bersama-sama kontrak pintar yang direka untuk menjadi lebih laju dan murah berbanding Ethereum, dengan keupayaan untuk memproses lebih dari 4,500 transaksi per saat.
Aturan ini secara langsung membuka peluang kepada para pengguna untuk mencari platform yang lebih murah membangunkan teknologi rantaian blok di Luno. Berikutan penambahan itu, Luno memaklumkan akan terus menyokong pembinaan dan pelaburan jangka panjang bagi penawaran kripto kepada para pengguna dari semasa ke semasa.
Dalam pada itu, Luno turut memberi peringatan kepada semua pengguna untuk laksana tinjauan sebelum lakukan pertimbangan dalam sentimen pasaran kripto. Ini kerana sebarang risiko pelaburan perlulah difahami terlebih dahulu. Sebarang makluman lanjut berhubung penambahan AVAX ini, semua pihak boleh layari Luno Malaysia untuk penjelasan seterusnya.