Jika dibandingkan paras inflasi secara tahunan, tahun 2022 memaparkan peningkatan kepada 3.3% dengan mata indeks harga pengguna sekitar 127.2 berbanding tahun 2021 iaitu 123.1 iaitu 2.5% paras inflasi.
Makluman Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada Analisis Indeks Harga Pengguna ini menjelaskan peningkatan paras inflasi itu didorong oleh kenaikan harga makanan dan minuman yang mencapai 5.8%, diikuti restoran dan hotel 5.0%, pengangkutan (4.7%) serta hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (3.5%).
Tidak hanya itu peningkatan harga komoditi secara menyeluruh juga turut menyumbang kepada kenaikan paras inflasi negara. Selain itu pengukuhan dolar AS berbanding mata wang utama serta krisis geopolitik antara Rusia dan Ukraine turut meningkatkan lagi kadar inflasi tersebut.
Pembukaan perjalanan antarabangsa pada April 2022 juga turut telah merangsang semula jumlah pengguna pada restoran dan hotel – di mana ketika itu kesan inflasi telah meningkat 5% berbanding 0.4% pada tahun 2022.
Malah, perubahan cuaca seperti banjir dan tanah runtuh juga secara langsung telah menjejaskan sektor pertanian dari aspek penghasilan pengeluaran. Ini sekaligus turut membawa kenaikan harga pada subkumpulan makanan di pasaran negara.
Sementara mengikut negeri pula, didapati kesemua negeri memaparkan peningkatan dalam inflasi dan 3 negeri menunjukkan kenaikan inflasi lepasi paras kebangsaan iaitu 3.3%. Iaitu Putrajaya (7.3%), Selangor (4.2%) dan Johor (3.4%). Manakala WP Labuan pula mencatatkan paras inflasi terendah dengan 2.4%.
Sebagai perbandingan antara negara ASEAN pula, Malaysia pada tempoh tersebut mencatatkan kadar inflasi yang tinggi berbanding Vietnam (3.2%), lebih berbanding Thailand(6.1%), Filipina (5.8%), Indonesia (5.5%) dan Kemboja (5.4%).