Artikel

Geran Industri Digital Kini Dibuka Sehingga 1 Jun – Sasar Perluaskan Penerbitan Digital Negara

Bagi memacu arena digitalisasi Malaysia, tiga permohonan geran melibatkan Geran Kandungan Digital (DCG), Geran Malaysia Digital X-Port (MDXG) dan Geran Pemangkin Malaysia Digital (MDCG) buat penggiat industri digital kini dibuka sehingga 1 Jun 2023 kelak.

Melalui penawaran geran sedemikian ini akan membantu syarikat teknologi yang beroperasi di Malaysia meluaskan produk mereka pada pasaran global. Usaha di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital menerusi Perbadangan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) ini sekaligus bertujuan meningkatkan lagi penerbitan digital negara serta membuka lebih banyak peluang pelaburan dan kebolehpasaran kemasukan ke Malaysia.

Untuk makluman DCG mengfokuskan kepada pembangunan industri kreatif melibatkan 4 cabang geran seperti Geran Projek Mini, Geran Pembangunan, Geran Produksi dan Geran Pemasaran & Pengkomersialan. Penawaran geran ini mengfokuskan kepasa syarikat milikan tunggal atau perkongsian liabiliiti terhad (LLP) melibatkan bidangn kandungan digital animasi, permainan digital, komik digital dan teknologi kreatif.

Sementara MDXG pula tertumpu kepada syarikat tempatan yang bersedia eksport produk, aktiviti serta khidmat teknologi pada pasaran global bersama tempoh projek setahun. Diikuti MDCG pula membantu syarikat tekonologi merangsang pengguna penyelesaian lestari – sepertimana matlamat dalam sektor yang dipromosikan Malaysia Digital berasaskan teknologi perindustrian.

Setakat ini hampir 1,000 penggiat industri digital negara telah sertai taklimat secara maya berhubung permohonan geran industri digital dan dimaklumkan lebih 300 soalan berhubung permohonan 3 geran digital tersebut telah diraih. Susulan kerancakkan itu lebih banyak penggiat digital disarankan memanfaatkan peluang ini dengan layari pautan di Geran MDEC.

Secara menyeluruh dijangka keputusan permohonan akan diketahui pada Julai 2023 kelak.