FoodPanda hari ini telah melancarkan inisiatif Payung Rahmah melalui aplikasi mereka, sekaligus membolehkan pengguna FoodPanda menikmati kemudahan memesan set makanan tengah hari dan makan malam dibawah Menu Rahmah pada harga RM5 atau kurang.
Selain itu, melalui FoodPanda juga, tiga lagi inisiatif ditambah, iaitu Jualan Rahmah dan Pakej Rahmah. Dengan penawaran ini, pengguna boleh mendapatkan produk makanan dan pakej barangan runcit pada harga mampu milik dengan penjimatan tambahan. Disamping itu, Pakej Rahmah dibawah Pandamart turut menawarkan pakej barangan runcit pada harga RM50 dan RM30 – yang menyertakan beberapa barangan keperluan harian dibawahnya.
Dengan inisiatif ini, kerajaan dan Foodpanda menyasarkan akan dapat meringkatkan beban kos sara hidup para pengguna.
Walaupun menawarkan barangan pada harga Rahmah, namun, pengguna masih akan tertakluk kepada kos penghantaran seperti biasa.