Artikel

Mulai 1 Jun – Permohonan Pasport Secara Atas Talian Sepenuhnya Akan Dilaksana Di 3 Pejabat Imigresen

Untuk meningkatkan lagi kecekapan urusan pasport Malaysia, bermula 1 Jun ini terdapat 3 cawangan terpilih akan sepenuhnya melaksanakan perkhidmatan permohonan secara atas talian melalui sistem MyOnline Passport. Ini bermakna cawangan terlibat akan menerima permohonan secara atas talian bagi tindakan pembaharuan pasport pengguna di Malaysia.

Tiga cawangan tersebut melibatkan Pejabat Imigresen Kajang, Pejabat Imigresen Kelana Jaya dan Pejabat Imigresen Wangsa Maju.

Pada tempoh tersebut, para pemohon yang berusia 13 tahun sehingga 59 tahun tidak dibenarkan memohon pembaharuan pasport secara fizikal (walk-in) tanpa permohonan atas talian. Tindakan itu tidak akan diterima bagi 3 cawangan terpilih ini.

Namun untuk kumpulan usia 12 tahun ke bawah, warga emasa 60 tahun ke atas dan bakal jemaah haji yang menerima tawaran Tabung Haji – dibenarkan untuk laksana permohonan berkaitan pasport di kaunter bagi 3 cawangan tersebut. Ini bermakna kumpulan usia sedemikian tidak perlu laksana permohonan secara atas talian, boleh terus hadir ke kaunter imigresen.

Ini antara senarai kumpulan yang boleh laksana permohonan secara terus di kaunter fizikal tanpa perlu laksana permohonan secara atas talian pada MyOnline Passport :

  • Usia 12 tahun ke bawah
  • Ahli keluarga yang perlu mengiringi permohonan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah
  • Warga Emas 60 tahun dan ke atas
  • Bakal jemaah haji yang terima tawaran Tabung Haji
  • Pelajar berusia 21 tahun ke bawah yang terima tawaran pengajian luar negara
  • Orang Kurang Upaya (OKU)

Secara menyeluruh, setakat 12 Mei lalu sejumlah 464,725 pasport telah dikeluarkan hasil permohonan secara atas talian daripada jumlah menyeluruh 1.67 juta pasport di Malaysia.