Artikel

FedEx Express Mula Guna Kenderaan Penghantaran Elektrik Di Malaysia

Dalam memperkasakan usaha kelestarian pada segmen logistik, FedEx Express kini mengumumkan penerapan penggunaan kenderaan elektrik (EV) bagi penghantarannya di Malaysia. Penambahan unit EV pada peringkat awal ini, untuk makluman tersedia pada segmen penghantaran di Lembah Klang.

Melalui usaha ini ia tidak sekadar meningkatkan kecekapan operasi tetapi turut membantu operasi mengurangkan kadar jejak karbon tatkala melaksanakan perkhidmatan di pasaran negara.

Selain Malaysia, FedEx Express turut telah menguji penggunaan EV di India, Thailand, Afrika Selatan dan Emiriah Arab Bersatu. Buat pengetahuan umum kumpulan ini menyasarkan pengendalian logistik disokong secara menyeluruh bersama EV menjelang 2040 kelak.