Berkuat kuasa 30 Jun 2023 ini, Domenic Fuda bakal menamatkan perkhidmatannya selaku Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Hong Leong Bank. Susulan pengunduran itu, perbankan bertindak mengumumkan lantikan Kevin Lam Sai Yoke selaku peneraju Pengarah Urusan dan CEO baharu Hong Leong Bank mulai 1 Julai 2023 kelak.
Buat pengetahuan umum, penyertaan Domenis bersama HLBB sejak 2016 ini jelas telah memperlihatkan perubahan ketara pada pertumbuhan operasi antaranya pada penyelesaian perkhidmatan, penerapan teknologi digital serta halatuju strategik kumpulan.
Tidak hanya aliran transformasi HLBB turut beralih kepada inisiatif strategik pada konsep ESG, menyeimbangkan produktiviti petugas serta menyasarkan pulangan konsisten.
Melalui penamatan perkhidmatan itu, HLBB menzahirkan penghargaan kepada Domenic atas pencapaian dan sumbangannya pada pertumbuhan operasi selama ini.