Artikel

Pusat Revolusi Industri 4.0 Pertama Di ASEAN – Kini Ditubuhkan Di Malaysia

Malaysia kini menjadi antara 18 negara yang bertindak mengoperasikan Pusat Revolusi Industri 4.0 (C4IR). Lebih menarik, penubuhan C4IR di Malaysia ini menjadi yang pertama dalam kalangan rantau Asia Tenggara.

Melalui kebersamaan Kerajaan Malaysia dan World Economic Forum (WEF) ini, penubuhan C4IR akan bertindak memacu tumpuan pada ekonomi digital, peralihan tenaga serta tranformasi digital negara. Ia secara langsung turut membantu negara selari dengan matlamat Revolusi Industri 4.0 yang berpotensi memperkasakan pertumbuhan negara.

Usaha ini selanjutnya turut membantu negara menyokong inisiatif inovasi dalam teknologi pada pasaran antarabangsa. Agenda ini menurut Perdana Menteri Anwar Ibrahim penting buat Malaysia memacu ekonomi digital secara berperingkat. Buat pengetahuan umum, difahamkan MyDIGITAL Corporation iaitu agensi di bawah Kementerian Ekonomi akan berperanan mengendali C4IR pada operasi Malaysia.

Adanya C4IR di negara, ini akan meningkatkan lagi potensi penerokaan pelaburan pada industri baharu di samping meluaskan lagi jejak kerjasama dengan semua pihak berkepentingan dalam perdagangan global.