Bermula hari ini, akses sistem janji temudi aplikasi MySejahtera diperluaskan kepada khidmat kesihatan pergigian buat rakyat Malaysia. Melalui kemudahan tersebut, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melihat usaha ini akan meningkatkan kecekapan kemudahan kesihatan awam bersama pengguna dari semasa ke semasa.
Akses itu boleh didapati pada bahagian ‘Janji Temu’ di aplikasi, di mana pengguna hanya perlu menekan pada bahagian nama dan selanjutnya boleh memilih kategori ‘Perkhidmatan Pesakit Luar’. Pada bahagian itu, pengguna hanya perlu menggunakan kata kunci ‘Pergigian’ dan boleh laksana temu janji secara atas talian pada fasiliti kesihatan pergigian yang berdekatan.
Susulan akses baharu ini, KKM bermatlamat ia berupaya mengurangkan kekangan orang awam akan kesulitan mendapatkan pemeriksaan gigi. Untuk makluman setakat 2019 didapati 15% rakyat Malaysia tidak pernah dapatkan rawatan pemeriksaan gigi seumur hidup mereka.