Bagi isi rumah yang menggunakan elektrik berlebihan atau jumlah yang tinggi, kelak tidak lagi dapat menikmati subsidi elektrik kerajaan.
Tindakan ini menurut Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada sidang Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), adalah bertepatan dengan langkah segelintir pengguna domestik yang mengambil kesempatan akan penawaran subsidi sedemikian. Sebarang penggunaan elektrik yang tinggi perlulah membayar kos yang setimpal akan tindakan tersebut.
Ini bermakna tiada kenaikan tarif elektrik dilaksanakan ke atas pengguna domestik B40 dan M40 tetapi ia hanya dikenakan kepada rumah yang menggunakan elektrik yang tinggi sahaja akan dikenakan bayaran berasaskan kos semasa.
Bagaimanapun, setakat ini kerajaan tidak memperincikan sebarang pelarasan kadar tarif elektrik yang akan dilaksanakan mahupun sebarang kategori berhubung jumlah penggunaan elektrik yang diklasifikasikan tinggi. Malah penjelasan berhubung pelaksanaan tersebut turut tidak maklumkan tempoh penguatkuasaannya.