Artikel

PERKESO : 136,800 Wanita Yang Kembali Bekerja Akan Terima Geran Penjagaan Kanak-Kanak

Seiring dengan usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kelak akan meminda Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 tahun ini – bagi menyediakan peruntukan geran penjagaan kanak-kanak kepada wanita yang kembali bekerja.

Menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) pada sidang Forum Ekonomi dan Perniagaan Wanita Dunia 2023 – langkah ini akan memperlihatkan pemberian geran 1 bulan yang bersamaan 80% daripada gaji bulanan yang diinsuranskan akan diberi kepada kumpulan tersebut.

Dijangka seramai 136,800 wanita kembali bekerja akan menerima manfaat tersebut setelah melalui tempoh cuti bersalin panjang. Secara menyeluruh pemberian ini bernilai RM290 juta. 

Selain perubahan tersebut, melalui pindaan pada Akta Kerja 2022 turut memperlihatkan pekerja wanita kini menerima tempoh cuti bersalin yang lebih baik daripada 60 hari kepada 98 hari. Malah akta sedemikian turut menghalang majikan daripada memberhentikan pekerja hamil atau pekerja yang mengalami penyakit kesan kehamilan mereka. 

Pembaharuan ini sekaligus membantu menyokong kedudukan pekerja wanita negara daripada tindas oleh kumpulan syarikat yang tidak bertanggungjawab. Melalui kesepakatan ini, negara menjangkakan penyertaan pekerja wanita berpotensi ditingkatkan dan mencapai 59% menjelang 2025 kelak.