Artikel

Sistem Subsidi Diesel Akan Ditambah-Baik, Tanggungan Kini Melonjak Kepada RM13 Bilion

Berdasarkan semakan penggunaan diesel di negara, pentadbiran mendapati penggunaan tersebut melonjak 37.7% iaitu 6.1 bilion liter bagi 2019 kepada 8.4 bilion liter pada tahun 2022. Lonjakan tersebut sekaligus membawa kepada tanggungan subsidi diesel adalah kepada RM13 bilion bagi tahun lalu. 

Susulan tinjauan itu negara melihat peningkatan penggunaan diesel ini tidak setara dengan jumlah kenderaan berdaftar yang menggunakan diesel hanyak naik 2.4% iaitu kepada 2.13 juta kenderaan setakat 2022. 

Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada makluman sidang Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) hari ini menjelaskan situasi itu memberi bayangan terdapat ketirisan berlaku pada penggunaan diesel negara antaranya melibatkan kegiatan penyeludupan. Maka usaha banteras harus segera dilaksanakan dengan menambah-baik sistem subsidi diesel di Malaysia. 

Selain menggariskan keperluan tindakan tegas itu, pentadbiran turut bercadang meluaskan pemberian diesel berrsubsidi kepada sektor pengangkutan darat barangan melalui Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) – bagi memastikan sektor logistik bahagian pengurusan edaran barangan menerima manfaat dan menangani kesan inflasi.

Secara amnya, pentadbiran pada Mac lalu menjangkakan SKDS ini akan tersedia mulai separuh kedua tahun 2023 ini iaitu sekitar Jun, Julai dan Ogos 2023 kepada umum.