Kesan krisis antara Rusia dan Ukraine mengakibatkan berlakunya ketirisan susulan kebergantungan yang tinggi pada pembekalan gas Rusia – Kesatuan Eropah (EU) kini bercadang mengurangkan kebergantungan ekonomi mereka terhadap China.
Setakat ini, didapati kebergantungan EU terhadap China adalah melibatkan teknologi utama seperti panel solar dan komponen kritikal berbanding kebergantungan EU bersama Rusia melibatkan bekalan gas.
Ekoran situasi itu, mengikut laporan Reuters EU bercadang untuk meneliti kembali hubungan ekonominya bersama China. Menurut Ketua Dasar Luar (EU), Joseph Borell ketika ini pihaknya bersetuju merangka kembali strategi ekonomi di China. Langkah tersebut difahamkan bertujuan untuk mengimbangi semula hubungan perdagangan tanpa memisahkan sebarang sokongan ekonomi antara Eropah dan China.