Artikel

Star Media Group Memperluaskan Portfolio Ke Sektor Perladangan

Star Media Group yang popular dengan akhbar The Star, kini sedang melihat untuk membeli pegangan pada sebuah syarikat perladangan. Melalui cadangan yang diutarakan kepada pemegang saham, SMG ingin membeli pegangan sebanyak 13% pada syarikat perladangan, Matang Bhd.

Dibawah apa yang dirancang, syarikat media Star akan menjual beberapa aset hartanah kepada Matang pada nilai RM33 juta, tetapi pembayaran akan diterima dalam bentuk saham Matang. Untuk makluman, kedua-dua syarikat ini mempunyai satu pemegang saham yang sama, iaitu MCA. MCA mempunyai pegangan sebanyak 43.23% pada Star Media Group, dan 17.15% pada Matang Berhad.

Dengan langkah ini, Star Media Group dijangka memperluaskan portfolio mereka ke arena sektor perladangan, selepas turut memulakan portfolio dibawah sektor hartanah sekitar tiga bulan lepas.