Artikel

Forbes Kini Dimiliki Pemilik Baharu Berusia 28 Tahun, Dinilaikan Sekitar $800 Juta

Forbes Global Media Holdings, syarikat media yang popular dengan majalah Forbes, kini telah diambil-alih pegangnya sebanyak 82% oleh Austin Russell yang terkenal dengan syarikat beliau, Luminar Technologies.

Austin Russel merupakan CEO untuk Luminar Technologies yang menawarkan teknologi swapandu untuk kenderaan. Syarikat berkenaan sendiri sedia dinilaikan sekitar $2.1 bilion.

Walaupun mengambil-alih majoriti pegangan pada Forbes, beliau mengatakan tidak akan bertugas secara harian di Forbes, dan lebih pada akan berkongsi visi dan masa depan jenama berkenaan.