Artikel

Mulai 13 Mei – Maybank Tamatkan Khidmat Tambah Nilai Kad Touch ‘n Go Melalui ATM

Sekiranya pada awal Mei lalu, CIMB Bank telah bertindak menamatkan sokongan tambah-nilai kad Touch ‘n Go melalui CIMB Bank ATM – kini giliran Maybank pula menamatkan khidmat tambah-nilai kad TNG pada Maybank ATM bermula 13 Mei 2023 ini.

Makluman itu telah dikongsikan Maybank pada laman rasminya, ini bermakna semua pengguna diminta peka akan perubahan perkhidmatan dan kelak tidak lagi membolehkan mereka laksana tambah-nilai melalui ATM.

Berdasarkan khidmat semasa, setakat ini RHB Bank dan Bank Mualamat masih menyediakan sokongan tersebut bersama caj bagi setiap transaksi bernilai RM0.50.

Susulan penamatan sokongan ini pada ATM Maybank dan CIMB – para pengguna dinasihatkan untuk merujuk laman rasmi TNG bagi ketahui lokasi tambah-nilai yang berdekatan dengan anda. Antaranya merangkumi lokasi di stesen minyak, kiosk TNG mahupun kedai runcit terpilih.

Menerusi perubahan, para pengguna bank diminta untuk peka akan sebarang perubahan khidmat yang ditawarkan pihak Maybank dari semasa ke semasa.