Ekonomi Malaysia ketika ini memperlihatkan perkembangan baik apabila Keluar Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 3 bulan pertama 2023 telah mencapai paras 5.6%. Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), pertumbuhan positif ini didorong hasil permintaan baik dalam negeri.
Malah perluasan pasaran pekerja serta peningkatan guna tenaga yang semakin memulih ini turut membantu negara menyokong penggunaan swasta sekaligus membawa kepada pertambahan ekonomi.
Manakala paras inflasi keseluruhan pada suku pertama ini pula dilihat semakin menurun dan kini mencapai paras 3.6%. Walaupun tekanan kos ini semakin mereda namun harga komoditi global dan inflasi teras kekal memaparkan paras tinggi. Di mana Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi harga bulanan telah menunjukkan peningkatan kepada 56.0% pada 3 bulan pertama ini.
Situasi ini untuk makluman adalah cerminan pelarasan harga yang dilaksanakan oleh kebanyakkan syarikat khususnya berkaitan produk makanan.