Dengan pengalaman lebih 40 tahun dalam khidmat makanan, Marrybrown kini terus melebarkan jejak jenamanya di persada antarabangsa apabila memaklumkan buka cawangan pertama di pasaran Australia – iaitu di Burwood One Shopping Centre, Melbourne.
Tidak hanya itu, Marrybrown bercadang membuka dua lagi cawangan baharu mereka di pasaran tersebut menjelang akhir 2023.
Sementara pada matlamat jangka masa panjang pula, Marrybrown turut memiliki sasaran untuk meraih pertumbuhan yang tinggi pada pasaran Australia dan menjangkakan akan membuka 30 lagi cawangan di seluruh pasaran tersebut.
Secara menyeluruh, selain sajian utama menu ayam – Marrybrown turut menyediakan pilihan makanan bertemakan budaya Malaysia. Antaranya seperti Nasi Lemak, Nasi Goreng bersama Sate dan Nasi Kari.