Tidak lama lagi, Twitter bakal miliki penyandang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baru – yang bakal menggantikan kedudukan Elon Musk pada peranan tersebut.
Tanpa menamakan individu terbabit, Elon Musk pada laporan Reuters memberi gambaran individu wanita itu akan mula bertugas dalam tempoh 6 minggu sahaja lagi – dijangka sekitar akhir Jun 2023 kelak.
Excited to announce that I’ve hired a new CEO for X/Twitter. She will be starting in ~6 weeks!
My role will transition to being exec chair & CTO, overseeing product, software & sysops.
— Elon Musk (@elonmusk) May 11, 2023
Menerusi peralihan tugas ini, dimaklumkan Elon Musk akan menggalas peranan selaku Pengerusi Eksekutif serta Ketua Pegawai Teknologi (CTO) yang akan bertindak menyelia produk, perisian serta sistem operasi.
Adanya lantikan baharu ini, sekaligus akan meredakan sentimen pelabur yang sedikit gusar akan kelantangan Elon Musk pada maklum-balas Twitter ketika ini khususnya para pelabur Tesla. Susulan pengumuman tersebut, difahamkan saham Tesla telah melonjak 2.4% memaparkan keyakinan perdagangan positif.