Jabatan Perangkaan Malaysia kini berkongsi statistik dan data berkaitan demografi Malaysia untuk suku tahun pertama 2023, sekaligus memperlihatkan jumlah populasi di Malaysia kini mencapai 33.2 juta orang. Ini sekaligus memperlihatkan pertumbuhan penduduk sebanyak 1.6% berbanding tempoh sama tahun lepas.
Daripada angka tersebut, seramai 30.4 juta orang adalah warganegara, sementara 2.8 juta orang adalah bukan warganegara.
Dari segi taburan mengikut etnik, Melayu berjumlah 17.6 juta orang, diikuti Cina seramai 6.9 juta orang, Bumiputera lain berjumlah 3.7 juta orang, India berjumlah 2 juta orang, dan lain-lain berjumlah 0.2 juta orang.
Jikalau dibandingkan dari segi jantina, Lelaki berjumlah seramai 17.5 juta orang, dan diikuti Perempuan berjumlah 15.7 juta orang. Majoriti populasi adalah berumur antara 15-64 tahun.
DOSM turut berkongsi menyatakan angka kelahiran hidup meningkat berbanding tempoh sama pada 2022, sementara angka kematian pula menurun.
Negeri dengan angka penduduk yang tinggi adalah Selangor, diikuti Johor dan Sabah.