Artikel

TM Sedia Persekitaran Kerja Dengan Polisi Hibrid – 3 Hari Di Pejabat, 2 Hari Di Rumah

Telekom Malaysia kini telah berpindah ke ibu pejabat baharu di Cyberjaya, sekaligus membentuk sebuah kampus TM. Kampus ini menempatkan pelbagai bahagian operasi Telekom Malaysia, termasuk bahagian inovasi, pusat data dan sebagainya.

Selari dengan pemindahan ini, Telekom Malaysia turut menekankan kepada pelaksanaan polisi kerja yang sihat dan memberi semangat kepada para pekerja atau dikenali Warga TM. Polisi kerja TM ini membenarkan kerja secara hibrid, dimana Warga TM perlu ke pejabat selama 3 hari, dan boleh bekerja 2 hari dimana-mana – dalam masa seminggu.

Dengan langkah ini, TM memberikan fleksibiliti, serta kaedah kolaborasi dengan penggunaan penawaran digital. TM turut mengumumkan slogan baharu, “Masa Depan Anda, Kini”, dan mengharapkan pelbagai inovasi hadir, termasuk kampus ini menjadi pemangkin idea kepada Warga TM.