Artikel

Microsoft Tidak Akan Tingkatkan Gaji Pekerja Sepenuh Masa Untuk Tahun 2023 Ini

CEO Microsoft, Satya Nadella hari ini menyatakan Microsoft akan menangguhkan peningkatan gaji bagi para pekerja sepenuh masa dibawah Microsoft untuk tahun 2023 ini. Langkah ini dilihat selari dengan pengumuman Microsoft untuk mengurangkan kos.

Sebelum ini, Microsoft telah mengumumkan akan mengurangkan 5% tenaga kerja, atau sekitar 10,000 pekerja dibawah syarikat mereka.

Walaupun tiada sebarang peningkatan gaji, Microsoft menyatakan akan mengekalkan bonus dan pemberian saham kepada para pekerja mereka. Namun, ia akan dihadkan dan tidak sebesar tahun 2022 lepas.