Artikel

FamilyMart Umum Raih Pendapatan RM500 Juta – Kini Henti Jual Minuman Alkohol Di Seluruh 360 Cawangan

Prestasi operasi bagi 3 bulan pertama 2023, FamilyMart Malaysia ternyata menunjukkan aliran perdagangan yang membrangsangkan apabila mencatatkan pendapatan suku pertama tahun ini berjumlah RM500 juta.

Makluman pada sidang perolehan status halal oleh JAKIM pada cawangan kafe FamiCafe itu turut menjelaskan kumpulan kini bertindak akan menumpukan pemasaran produk makanan berasaskan aliran generasi semasa. Untuk meningkatkan lagi prestasi jualan pada segmen makanan dan minuman.

Lebih menarik, FamilyMart turut memaklumkan – pihaknya telah menghentikan jualan berkaitan minuman beralkhol di seluruh 360 premisnya di Malaysia. Selain bertujuan memudahkan lagi proses perolehan sijil halal pada kedai serbaneka induk, tindakan tersebut difahamkan tidak memberi kesan kepada aliran pendapatan jualan produk makanan mereka. Ia secara langsung menunjukkan penjualan minuman beralkohol tidak membrangsangkan. Buat pengetahuan umum, kini terdapat sejumlah 250 produk halal disediakan FamilyMart buat permintaan para pengguna.

Bagi menggandakan lagi prestasi operasi, untuk kedai serbaneka utama – FamilyMart merancang membuka sekitar 20 cawangan pada tahun ini, diikuti dengan memiliki 300 FamiCafe menjelang 2025 kelak.

Selain perkembangan tersebut, FamilyMart menyasarkan perluasan jenama tersebut turut diperluaskan pada lokasi di Pantai Timur, Semenanjung Malaysia. Melalui perluasan ini, ia akan membantu FamilyMart untuk lebih memahami permintaan pengguna dari pelbagai penempatan.