Artikel

Mastercard Lancar Hab Data Di Malaysia, Sasar Pacu Kemahiran Digital Negara

Mastercard kini meluaskan langkah perkhidmatan mereka dengan membuka hab Data dan Perkhidmatan (D&S) di Malaysia. Bersama sokongan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) usaha ini berupaya merancakkan lagi misi membangunkan kemahiran digital negara di samping memacu matlamat ekonomi digital Malaysia.

Lebih menarik, kemasukan hab ini turut akan membantu pengguna negara nikmati rangkaian merangkumi penyelesaian pada aspek keselamatan siber, risiko kredit dan analisis data. Malah usaha membangunkan kemahiran digital negara juga dapat dibentuk.

Ia sekaligus akan membantu negara mengukuhkan matlamat landskap digital dengan membina potensi ekonomi bersama Mastercard dari semasa ke semasa.

Secara menyeluruh penyertaan Mastercard pada pasaran dijangka turut memperkasakan lagi laluan dagangan digital Malaysia bersama negara Asia Tenggara, China, Jepun, Australia dan New Zealand. Malah usaha turut akan meningkatkan usaha negara menarik lebih banyak syarikat global, jadikan Malaysia selaku peneraju pada ekonomi digital bersama perkhidmatan mereka.