Seiring dengan gagasan menambah-baik dasar ekonomi hijau Malaysia, kerajaan kini bersepakat memansuhkan larangan terhadap eksport tenaga boleh diperbaharui yang dilaksnakan pada Oktober 2021.
Aturan itu sekaligus bakal memberi manfaat kepada syarikat di Malaysia untuk menjalankan skop perniagaan tenaga boleh baharu dan merancakkan semula sektor ekonomi dan pekerjaan hijau negara.
Langkah pemansuhan ini untuk makluman telah mencapai persetujuan semua pihak dan dimaklumkan secara bersama pada sidang antara Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim bersama Kementerian Ekonomi semalam.
Selain aturan itu, peruntukan berjumlah RM50 juta akan diberikan bagi mengurangkan bil elektrik di bangunaan kerajaan dengan sokongan tenaga solar. Dana tersebut merangkumi langkah naik-tarf dan ubahsuai bangunan kerajaan pada tahun ini.