Artikel

Sistem Gaji Kini Sedang Diteliti – Kementerian Ekonomi

Sistem gaji di Malaysia kini sedang dibawah semakan secara dasar oleh kerajaan negara. Menurut Kementerian Ekonomi proses perbincangan tersebut kini sedang dilaksanakan bersama libat urus pelbagai sektor negara.

Usaha ini menurut laporan pentadbiran adalah selari dengan matlamat Rancangan Malaysia Ke-12 yang menjangkakan nisbah hasil ekonomi diberi kepada pekerja dalam bentuk gaji dan pampasan adalah meningkat. Berbanding paras semasa iaitu 36% kepada 40%.

Susulan penelitian secara dasar dicapai, pentadbiran memaklumkan perbincangan tersebut akan di bawa pada forum kerajaan kelak. Melalui penelitian tersebut kerajaan menyasarkan kerangka dasar ini tidak hanya memanfaatkan kumpulan pekerja sahaja tetapi turut kepada kumpulan majikan.