Artikel

LHDN : Tarikh Akhir Kemuka Borang Nyata Cukai e-Filing Pada 15 Mei Ini 

Kurang dari seminggu sahaja lagi para pembayar cukai kini diingatkan untuk melunaskan tanggungjawab percukaian mereka dengan mengemukan Borang Nyata Tahun Saraan 2022 dan Tahun Taksiran 2022 melalui sistem e-Filing.

Seperti yang umum sedari proses mengemuka borang cukai taksiran secara manual telahpun berakhir pada 30 April lalu. Susulan itu proses secara sistem e-Filing pula akan berakhir pada 15 Mei kelak.

Maka kumpulan pembayar cukai yang terlibat diingatkan untuk laksana pembayaran cukai pendapatan mereka pada tempoh yang ditetapkan. Langkah sedemikian untuk membantu pembayar cukai untuk mengelak dari sebarang pengenaan penalti.

Sebagai rujukan, semua pengguna boleh layari pautan Program Memfail Borang Nyata (BN) Bagi Tahun 2023 dan tidak hanya itu setiap pembayar cukai diingatkan untuk kemaskini maklumat diri dann input perbankan untuk pastikan proses pelunasan cukai berjalan lancar.